Friday, July 29, 2011

RINDU....

Rasa rindu datang lagi
Kenapa mesti rindu
Kerana wujudnya kasih

Rasa rindu datang lagi
Kenapa mesti rindu
Kerana timbulnya sayang

Rasa rindu datang lagi
Kenapa mesti rindu
Kerana adanya cinta

Rasa rindu datang lagi
Itu tandanya dia masih diingatan
Walau bibir menafikan
Hati tidak akan sesekali berbohong

Dengarlah kata hati
Rindu itu benar
Rindu datang lagi



RAMADHAN AL-MUBARAK


Bulan Ramadhan menjelma lagi tahun ini... Alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut dan menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini... semoga ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK untuk semua teman-teman, semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa, solat terawih dan amalan-amalan sunat sepanjang bulan puasa ini...

Tuesday, December 7, 2010

WAJAH BARU!!!

:) tajuk je lebih bukan apa pun, wajah baru blog saya ni sempena tahun baru yang menjelma ni. Lagi pun dah lama guna layout tu dari tahun 2008 lagi dah bosan orang tengok. Tiba-tiba je datang mood nak singgah kat blog ni yang dah lama tak update. Mood pun masih segar jadi saya rajin-rajinkanlah diri mengedit apa yang patut sesuai la dengan umur jugak yang dah meningkat ni, hehe (dah tua ke?) ada la dua tiga benda yang saya rasa tak perlu saya delete. Harap-harap lepas ni saya rajin la post something kat sini. :)

Sempena tahun baru ni saya mengucapkan selamat tahun baru Maal Hijrah 1432H untuk semua umat Islam. Semoga kita semua dirahmati Allah sepanjang masa.

Itu saja coretan untuk hari ini (skema la pulak ayat,he2) jumpa lagi untuk post yang seterusnya itu pun kalau saya rajin ek... :-)

..c u next..

Saturday, June 19, 2010

Hanya PadaMu Aku Berserah

Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya padamu aku memohon dan meminta
Berikanlah hambaMu ini kekuatan dan ketabahan
Untuk mengharungi semua ini

Ya Allah Ya Tuhanku
Andai ini menjadi suratan
Aku redha Ya Allah

Berikanlah keampunan kepadanya
Berikanlah keampunan kepadaku
Berikanlah kekuatan kepadanya
Berikanlah kekuatan kepadaku

Amin

Friday, March 12, 2010

Internship 2010 - SMKBJ






Dah masuk minggu ke 6 dah, nak abis dah...
rasa sedih la plak, huhu

sikit je, xde masa nak tulis banyak2,
c u next,
tu pun kalu ada masa,
daaaa.....
take care....

Tuesday, April 7, 2009

MEMORI DI HAY RESORT

Sebenarnya tak ada apa yang nak diceritakan tapi saja nak berkongsi apa yang berlaku sepanjang 3 hari 2 malam menjalani sesi kauseling kelompok secara marathon. Sesi ini berlangsung di Hay Resort dan ini merupakan kali kedua saya ke sana. Kalau dulu saya ke sana di sebabkan menyertai kem dinamika kelompok yang dikelolakan oleh En. Aziz sekarang bagi memenuhi keperluan kursus kaunseling kelompok pula.

Memang penat kerana 10 jam berjuang untuk menyudahkan sesi kaunseling kelompok ni tapi berbaloi la sebaba akhirnya apa yang diharapkan telah pun selesai.







Apa yang menarik lagi persembahan daripada kawan-kawan yang sporting. Memang berbakat la budak2 BnK sem 6. Tahniah untuk semua sebab memberikan persembahan yang menarik dan tak rugi tunggu sampai pukul 1 pagi, mengantuk pun tahan la jugak sebab nak bagi sokongan kat kawan2.

Harap apa yang berlaku kat sana takkan berakhir di sana. Jumpa di Pra Graduasi nanti, k…
Gud luck tuk kawan2 semua…
C u next….

Friday, March 27, 2009

FAMILY DAY KASIH

Dah lama sangat xupdate blog ni, hari ni saya nak kongsi apa yang berlaku sepanjang hari keluarga KASIH yang berlangsung selama dua hari bermula 21-22/03.09. Alhamdulillah semuanya telah berlangsung dengan baik walaupun terdapat masalah namun semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan hari keluarga KASIH baru-baru ini. Ribuan terima kasih kepada Dr Jazimin, En. Taquddin dan Dr Fauziah yang turut bersama-sama memeriahkan sukaneka hari keluarga KASIH dan semua pensyarah yang sudi hadir pada malam anugerah kecemerlangan akademik.

SOROTAN PERTANDINGAN DOLA JARING & FUTSAL





Team Semester 6 - U all memang best walaupun dapat no.3 & 4 :)


Team Semester 7 - kakak2 semua havoc..:)


Team Semester 4 - adik2 yang power


Team futsal Semester 7 - abg2 yang handal


Team Futsal Semester 6 - kawan2 yang Sporting beraksi..;)


Team Semester 4 - adik2 yang memberi cabaran hebat tuk abg2




selebihnya kami posing la..hehe

SOROTAN SEPANJANG SUKANEKA








Macam2 aksi yang dapat dilihat sepanjang aktivti sukaneka ni, apa2 pun semoga semua happy n enjoy dalam menjayakan hari keluarga kasih ni k. Semoga aktiviti seperti ini diteruskan dan dapat mengeratkan lagi ikatan kita semua. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA!!!
C U NEXT..:)