Tuesday, April 7, 2009

MEMORI DI HAY RESORT

Sebenarnya tak ada apa yang nak diceritakan tapi saja nak berkongsi apa yang berlaku sepanjang 3 hari 2 malam menjalani sesi kauseling kelompok secara marathon. Sesi ini berlangsung di Hay Resort dan ini merupakan kali kedua saya ke sana. Kalau dulu saya ke sana di sebabkan menyertai kem dinamika kelompok yang dikelolakan oleh En. Aziz sekarang bagi memenuhi keperluan kursus kaunseling kelompok pula.

Memang penat kerana 10 jam berjuang untuk menyudahkan sesi kaunseling kelompok ni tapi berbaloi la sebaba akhirnya apa yang diharapkan telah pun selesai.







Apa yang menarik lagi persembahan daripada kawan-kawan yang sporting. Memang berbakat la budak2 BnK sem 6. Tahniah untuk semua sebab memberikan persembahan yang menarik dan tak rugi tunggu sampai pukul 1 pagi, mengantuk pun tahan la jugak sebab nak bagi sokongan kat kawan2.

Harap apa yang berlaku kat sana takkan berakhir di sana. Jumpa di Pra Graduasi nanti, k…
Gud luck tuk kawan2 semua…
C u next….

Friday, March 27, 2009

FAMILY DAY KASIH

Dah lama sangat xupdate blog ni, hari ni saya nak kongsi apa yang berlaku sepanjang hari keluarga KASIH yang berlangsung selama dua hari bermula 21-22/03.09. Alhamdulillah semuanya telah berlangsung dengan baik walaupun terdapat masalah namun semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan hari keluarga KASIH baru-baru ini. Ribuan terima kasih kepada Dr Jazimin, En. Taquddin dan Dr Fauziah yang turut bersama-sama memeriahkan sukaneka hari keluarga KASIH dan semua pensyarah yang sudi hadir pada malam anugerah kecemerlangan akademik.

SOROTAN PERTANDINGAN DOLA JARING & FUTSAL





Team Semester 6 - U all memang best walaupun dapat no.3 & 4 :)


Team Semester 7 - kakak2 semua havoc..:)


Team Semester 4 - adik2 yang power


Team futsal Semester 7 - abg2 yang handal


Team Futsal Semester 6 - kawan2 yang Sporting beraksi..;)


Team Semester 4 - adik2 yang memberi cabaran hebat tuk abg2




selebihnya kami posing la..hehe

SOROTAN SEPANJANG SUKANEKA








Macam2 aksi yang dapat dilihat sepanjang aktivti sukaneka ni, apa2 pun semoga semua happy n enjoy dalam menjayakan hari keluarga kasih ni k. Semoga aktiviti seperti ini diteruskan dan dapat mengeratkan lagi ikatan kita semua. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA!!!
C U NEXT..:)

Sunday, March 15, 2009

DAHSYATKAN DALAM LIRIK PUN JADI....

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti

Apa komen kamu semua bila membaca lirik lagu Allah Peduli nyanyian Agnes Monica? Apa yang tidak kena dengan lirik ini? Cuba kamu semua berfikir walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja! So sesiapa yang beragama Islam, berhati-hati nya, jangan di sebabkan fanatik dengan artis sehingga terlupa penyampaian artis itu kita leka akan hukum agama Islam. Berhati-hati!

Wednesday, March 11, 2009

KENANGAN DI SMK KKB

program ni kami jalankan pada 06-08 Mac 2009 yg lepas, mmg best n banyak pengalaman yg kami dapat sebelum dan sepanjang menjalankan program... mmg xrugi la buat progrma cmni (ikhlas ek). walaupun pada awalnya banyak cabaran yang terpaksa kami lalui namun setiap cabaran itu sedikit sebanyak mematangkan saya terutamanya...

Sekalung penghargaan kepada pihak sekolah terutama Puan Mazmin Mohd, pihak pentadbiran sekolah, asrama dan unit Bimbingan dan Kaunseling yang sudi dan membebarkan kami menjalankan program di sana.

Terima Kasih kepada guru-guru dan guru-guru pelatih yang sudi menjenguk sepanjang program berlangsung. Tidak dilupakan kepada adik-adik yang telah bekerjasama dalam memastikan program ini berjalan lancar. Terima kasih kpd fasi jemputan Ehe, Zaini & laip (lpas ni jgn takut nk join lagi k)

Apa yang penting kejersama dan semangat dalam memastikan kejayaan sesuatu program...














gambar sepanjang program..








>

ni semua gambar selepas program...posing la apa lagi,hehe

Wednesday, February 25, 2009

AMALAN-AMALAN TERBAIK

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, disamping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya ---Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara
Berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) -Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada
gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya
atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) -bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan
atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang
diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) -Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang
menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa
dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47.. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnaka hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Tuesday, February 24, 2009

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL < http://qs.al/ > Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

TOK IMAM DAN CIK CIKO...

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang
tu Budin dan sorang lagi Ciko.. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam
tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3
ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali &
menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x
khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tokduduk kat belakang,
biar saya jadi imam." Tok imam punundur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun
ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing
ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalubatallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawaterbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi
imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg
wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye
si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang.
He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Sunday, February 15, 2009

Itu Kamu

Dalam kehidupan ini, begitu banyak ‘keajaiban’ yang tidak terjangkau di fikiran. Manusia hanya memandang sesuatu yang mampu dilihat dan dipegang. Untuk menerawang ke ruang lebih dalam, memerlukan kekuatan yang benar-benar memberi kesan. Yang akhirnya, mula disedari terlalu bermakna, hinggakan sukar untuk dilepaskan begitu saja.

Sesuatu yang kamu tidak sedari atau langsung tidak ‘telintas’ di fikiran kamu...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu...
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam pelbagai cara
3. Sebab utama seseorang itu membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu
4. Senyuman daripada kamu boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang. Meskipun dia tidak menyukai kamu
5. Setiap malam ada seseorang mengingati kamu sebelum dia tidur
6. Kamu amat bermakna dalam hidup seseorang
7. Kalau bukan kerana kamu, seseorang itu tidak akan hidup bahagia
8. Kamu seoarn yang unik dan istimewa
9. Seseorang yang kamu tidak ketahui/kenali menyayangi kamu
10. Apabila kamu membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya
11. Sekiranya kamu merasakan dirimu terpinggir, fikirlah semula; mungkin kamu yang meminggirkan diri sendiri
12. Apabila kamu terfikir bahawa dirimu tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang diingini, mungkin kamu tidak akan memperolehinya. Tetapi sekiranya kamu percaya kepada diri sendiri, lambat laun kamu akan memperolehinya
13. Kenangilah segala pujian yang kamu terima. Lupakan setiap kutukan, cacian dan celaan
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan. Kamu akan merasa tenang apabila seseorang mengetahuinya
15. Sekiranya kamu mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya bahawa dialah yang terbaik

PERSONALITI MU BERDASARKAN TURUTAN DALAM KELUARGA

Tahukah kamu personality atau karakter seseorang individu itu boleh dibentuk berdasarkan kedudukannya di dalam keluarga. Situasi ini secara tidak langsung mencorakkan sikap dan perwatakan si anak. Pun begitu, kebenarannya hanya kamu yang tahu. Jom nilaikan sendiri……..

Anak Sulung
Personaliti :

• Anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur serta ego
• Sering berjaya dalam hidup
• Lebih pandai mengambil hati orang tua
• Nilai tanggungjawab yang tinggi

Anak Tengah
Personaliti :

• Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain
• Lebih percaya dengan keyakinan diri
• Suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
• Sering merasakan diri mereka terpinggir
• Terlalu mengalah

Anak Bongsu
Personaliti :

• Ceria dan berkeyakinan tinggi
• Amat manja
• Berkeinginan dan bercita-cita tinggi
• Sukar membuat keputusan sendiri

Anak Tunggal
Personaliti :

• Sering merasakan diri mereka kesunyian
• Lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai
• Lebih bijak bergaul
• Lebih cepat matang
• Terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia meningkat
• Sukar bertolak ansur dengan individu lain

Saturday, February 14, 2009

AWAS JIKA SUKAR TIDUR!!!

Bagi yang mengalami insomnia, anda masih boleh mengurangkan dan seterusnya mengubati penyakit ini. Namun, sebelum mula mengatasi masalah insomnia anda, kenali dulu tanda serta fajtor-faktor yang memungkinkan anda sukar untuk tidur.
TANDA DAN GEJALA INSOMNIA
• Sukar untuk tidur
• Sering terjaga beberapa kali di waktu malam, dan sukar untuk tidur semula setiap kali selepas terjaga
• Letih dan mengantuk di siang hari sehingga menyebabkan anda tidur di waktu siang
FAKTOR INSOMNIA
• Tekanan (masalah kewangan, tempat kerja dsb)
• Masalah rumah tangga
• Penceraian
• Kehilangan orang yang disayangi
• Berpindah ke tempat baru
• Kekurangan zat makanan
• Sakit
• Jadual tidur yang tidak teratur
CARA MENGATASI
• Elakkan minum minuman beralkohol atau merokok
• Elakkan tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
• Jauhi masalah dari tempat tidur anda
• Jangan memaksa diri untuk tidur
• Amalkan mandi dengan air suam
• Membaca bahan bacaan yang boleh membuatkan anda bosan dan mengantuk
• Dengarkan muzik yang menenangkan fikiran
• Bangun pada waktu yang tetap dan tidur pada waktu yang tetap
• Elakkan tidur di siang hari dalam tempoh yang lama
• Jika anda mengambil ubat, semak semula preskripsi ubat-ubatan anda dengan ahli farmasi

Thursday, February 12, 2009

KREATIVITI ORANG SENI

Ahli seni halus memang bijak mengusik minda kita
dengan karya pop art yang surrealis.
Lihatlah antara arca-arca menarik di dunia.









Friday, February 6, 2009

Usah buka aib sesama Muslim, Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

oleh : Mohd Zawawi Yusoh

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."

Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.

Limpahkan kasih sayang

oleh: Bersama Mohd Zawawi Yusoh

DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan 'Bismillah'. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu 'Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.

Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.

Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.

Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.

Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting.

Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?

Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam?

Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?

Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain?

Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?

Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar.

Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."

Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya.

Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:
• Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.
• Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.
• Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.
• Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.
• Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.
• Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.

Nurani: Sains buktikan manusia dicipta daripada tanah

AL-Quran menyatakan manusia asalnya diciptakan daripada tanah.

Fakta ini disahkan saintis yang mendapati unsur yang terkandung di dalam tanah ada dalam jasad manusia.

Adanya 16 unsur pada jasad manusia sama dengan unsur pada tanah membuktikan benda yang diperlukan oleh tubuh manusia itulah juga bahan yang manusia diciptakan daripadanya.

Walaupun kebenaran penemuan sains boleh dijadikan bukti bagi mereka beriman, tetapi sesetengah golongan masih mengatakan penemuan itu bersifat ilmu semata-mata.

Demikian juga bagi sesetengah golongan yang masih tidak percaya fakta mengatakan kegagalan manusia untuk hadir menyaksikan penciptaannya tidak boleh dijadikan bukti manusia tidak dapat mengetahui mengenai hakikat kejadian dirinya.

Kepada golongan ini al-Quran masih tetap mengisyaratkan mengenai bukti lain yang menunjukkan manusia dicipta secara langsung daripada tanah dalam bentuknya seperti yang ada sekarang bukannya melalui proses evolusi.

Bukti yang disyaratkan oleh al-Quran supaya menjadi bahan pemikiran dan pengamatan terhadap hakikat kejadian manusia ialah bukti yang disorot daripada fenomena maut.
• Mati adalah satu kebenaran yang pasti, tidak dapat dinafikan dan diragui manusia. Walaupun sesetengah manusia belum merasai sendiri, dari penyaksian dan pengalaman yang berlaku kepada manusia terdekat, memberikan suatu keyakinan mengenainya.
• Hakikat mati yang yakin dan pasti ini adalah ciptaan dan kekuasaan Allah Maha Pencipta. Dialah Allah yang mencipta hidup dan mati.

Bagi manusia yang tidak percaya mati itu ciptaan-Nya, tetapi dari perbuatan penyakit atau bahaya lain, Allah mencabar mereka agar mencari benteng kota yang dapat mengelak diri daripada maut.

Allah juga mencabar manusia agar mengembalikan semula nyawa atau rohnya sewaktu malaikat mula mencabutnya sampai ke halkumnya.

Cabaran Allah seperti yang dikatakan dalam al-Quran tetap tidak dapat dilakukan oleh manusia sejak zaman Nabi Adam hinggalah sekarang, bahkan sampai bila-bila pun manusia tidak mampu.

Adalah mustahil sama sekali bagi manusia untuk berjaya dalam menyahut cabaran Allah kerana Allah jua yang mencipta mati dan hidup.

Penyebab kepada mati bukan yang mencipta mati, tetapi ia berlaku hanya dengan iradah (kehendak) Allah.

Yang pasti fenomena mati mustahil manusia dapat mengelaknya, sekalipun mempunyai mercu ketinggian ilmu yang canggih.

Fenomena mati adalah lawan kepada fenomena hidup. Sebagaimana fenomena hidup itu tergambar pada adanya daya pergerakan, demikian juga pada fenomena mati tergambar pada adanya gejala diam.

Jika fenomena hidup itu dapat dilihat melalui gejala tumbuh dan subur, demikian juga pada fenomena mati, adanya gejala rosak dan musnah.

Sebagaimana titik awal selepas kekosongan itu menjadi permulaan bagi kehidupan, demikian juga akhir penghujung kepada kehidupan itu titik awal kepada kematian. Atau dengan perkataan lain, akhir penghujung hidup itulah mulanya titik awal mati.

Walaupun manusia tidak melihat bahan asal kejadian dirinya, manusia dapat mengetahui bahan asal kejadiannya melalui proses kematiannya yang pasti berakhir kembali ke titik awal dalam proses kejadiannya.

Jika hakikat yang nyata dan jelas ini masih dikatakan suatu kebetulan, tidak lain dan tidak bukan apa yang dikatakan kebetulan itu hanyalah semata-mata sebagai alasan kepada keingkaran.

Thursday, February 5, 2009

JANJI!!!!

JANJI…
JANJI!!! Pernah tak anda semua dengar perkataan ini??? pernah tak anda mengungkapkan perkataan ini??? Sudah tentu pernah kan malah sejak dari kecil lagi kita selalu dengar dan cakap perkataan ini.. malah ada pepatah yang mengaitkan dengan perkataan JANJI iaitu, “KATA MESTI DI KOTA”… Saya tertarik untuk membicara tentang janji ini apabila terdengar celoteh DJ mengenai janji ini.
Ada satu kisah daripada pendengar yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda semua… kisah ini daripada seorang pemanggil wanita yang membicarakan mengenai janji yang diikat sewaktu berusia 19 tahun bersama seorang kawan lelaki… nak tau apa janji yang telah mereka ikat??? Mereka telah berjanji akan berkahwin sekiranya dalam masa sepuluh tahun mereka tidak menemui pasangan hidup… mudahnya mengungkapkan janji kan??? Tapi apabila si perempuan berumur 28 tahun dan setelah 9 tahun janji itu diikat dia telah mendapat panggilan daripada si lelaki yang mengatakan “Aku dah jumpa pasangan aku, jadi janji kita dulu tak jadi la”… agaknya apa perasaan perempuan itu??? Sedih, kecewa, geram semua ada malah dia ada menyebut sekiranya masa dapat diulang dia akan terima lelaki lain yang pernah cuba mendekatinya… tapi nak buat mcm mana dah berjanji dan kata mesti di kota… oleh itu, si perempuan terpaksa melepaskan si lelaki…
Kisah di atas hanyalah sekadar renungan… sebelum membuat janji kita seharusnya menilai diri adakah kita mampu menunaikan janji yang telah diikat… sekiranya kita tidak mampu jangan sesekali kita menabur janji yang hanya akhirnya mengundang derita kepada orang lain. Tak kiralah janji yang kita ikat itu besar atau tidak..
Malah dalam kehidupan seharian juga kita sering membuat janji dan memungkiri janji… sebagai manusia kita sering melakukan kesilapan malah tidak ada yang sempurna di atas dunia ini…
Pernah tak anda berjanji dengan kawan-kawan tetapi tidak menunaikan janji tersebut??? Tentu sekali pernah kan, begitu juga saya… oleh itu, kita cepat-cepatlah minta maaf dan berusaha membaikinya… marilah kita sama-sama berusaha dan menjadi insan yang baik… InsyaAllah
Ok la setakat ini dulu… jumpa lagi… C U NEXT…

Monday, February 2, 2009

Kelebihan Menuntut Ilmu

HADITH-HADITH MENGENAI KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Riwayat Abu ad-Darda’ r.a

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut ) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud

Sunday, February 1, 2009

SELAMAT KEMBALI

Selamat kembali ke UPSI buat kawan-kawan selepas bercuti selama seminggu. Masih belum terlewat untuk saya ucapkan Gong Xi Fa Cai untuk kawan-kawan yang menaymbutnya... Diharapkan selepas balik dari bercuti ini kita semua bersemangat untuk meneruskan pengajian dan juga meneruskan perjuangan kita sebagai pelajar...mari kita sama-sama berjuang...

best la cuti ni :)




Alhamdulillah saya selamat kembali ke UPSI bagi meneruskan pengajian selepas seminggu bercuti. Apa yang best tentang cuti semester ini saya berpeluang menghabiskan sebahagian cuti saya di Perlis dan Langkawi.

Ini merupakan kunjungan kali ke 3 saya ke Perlis dan kali ke 2 ke Langkawi, tidak ada banyak perbezaan pun dengan kunjungan saya sebelum ini. Sewaktu berada di Perlis saya juga telah berkunjung ke Kedah bagi memenuhi jemputan majlis pertunangan kawan saya. Selain itu, saya tidak melepaskan peluang berkunjung ke Alor Setar…

Percutian saya ke langkawi mengambil masa yang singkat, saya dan rakan-rakan hanya sempat melawat ke beberapa tempat bersejarah di Langkawi iaitu Tapak Beras Terbakar dan Makam Mahsuri. Tidak banyak perubahan namun Makan Mahsuri telah diubahsuai dan sesuai dengan tempatnya yang menjadi kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Balik ke Kelantan saya dan keluarga telah berkelah di Jeram Linang, best sangat sebab dapat berkumpul dengan keluarga…

Sunday, January 18, 2009